27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Raja Charles naik takhta Raja Britain yang baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTERA sulung dalam kalangan empat anak Ratu Elizabeth II, Putera Charles, hari ini dinobatkan sebagai Raja Charles III.

Pelantikan tersebut susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun semalam.

Memetik DailyMail, memandangkan nama penuhnya ialah Charles Philip Arthur George, ada kemungkinan beliau boleh memilih untuk menggunakan salah satu daripada nama tersebut.

Putera tertua kepada Ratu Elizabeth II itu secara automatik naik takhta sebagai raja Britain dan ketua negara bagi 14 kerajaan lain termasuk Australia, Kanada dan New Zealand.

Raja Charles, 73, dalam ucapan pertamanya, menyifatkan kemangkatan ibundanya sebagai saat paling sedih bagi baginda dan seluruh ahli keluarga.

Advertisements

“Kami berkabung atas pemergian seorang Raja yang dihormati dan ibu yang amat disayangi.

“Saya pasti pemergiannya akan amat dirasai di seluruh negara, dunia, Komanwel dan semua individu,” menurut Raja Charles dalam satu kenyataan Istana Buckingham.

Kenyataan tersebut juga ditandatangani dengan ‘Yang Mulia Raja’.

Terdahulu, Ratu Elizabeth II, yang paling lama bertakhta di dunia, iaitu selama tujuh dekad, meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Turut dimaklumkan 10 hari untuk berkabung serta penghormatan terhadap pemerintahannya yang memecahkan rekod. –AFP

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan