25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Polis Kelantan rampas dadah RM6.4 juta, tahan lima lelaki

Semakan rekod menunjukkan suspek masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menahan lima lelaki kerana dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah dan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM6.4 juta dirampas di Kota Bharu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek berusia antara 27 sehingga 39 tahun ditahan di beberapa lokasi berasingan bermula 29 Ogos lalu.

“Mereka kini direman selama 13 hari, sehingga 11 September ini. Dadah yang dirampas adalah 624,000 biji pil kuda, 400 biji pil Erimin dan 78,810 gram (g) ganja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan lelaki berusia 27 di tepi Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Menurutnya, pemeriksaan dalam Perodua Viva dipandunya menemui beg plastik berisi pil kuda dan Erimin di tempat duduk penumpang hadapan.

Baca juga:   UMT mahu muncul IPT pertama Terengganu jadi Pusat APEL

“Susulan penahanannya, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Pasir Jelatang, Kubang Kerian dan menemukan 100 lagi bungkusan pil kuda dan 80 bungkusan ganja.

“Hasil siasatan, pihak kami berjaya menahan tiga lagi lelaki di di Pengkalan Chepa, Kampung Ketapang dan Pasir Tumboh yang disyaki terbabit dengan kumpulan dadah,” katanya, lapor Metro Online.

Muhamad Zaki berkata, suspek kelima ditahan di Seri Kembangan, Selangor, manakala ujian saringan air kencing ke atas mereka semua mendapati negatif dadah.

Katanya, semakan rekod menunjukkan suspek masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah.

Baca juga:   Rakyat Malaysia ditahan di Batam bukan bekas PDRM

“Rampasan dadah itu boleh digunakan 703,210 penagih dan kami percaya ia untuk pasaran tempatan Kelantan dan Lembah Klang,” katanya yang memberitahu usaha memburu saki baki suspek sedang giat dilakukan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala rampasan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan