24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi Covid-19 yang bertambah baik ketika ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMAKAIAN pelitup muka di tempat tertutup atau di dalam bangunan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi Covid-19 yang bertambah baik ketika ini.

“Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa pemakaian di kawasan tertutup kini atas pilihan.

“Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.

“Sebagai contoh, kalau kedai gunting rambut wajibkan pakai pelitup muka, kita kena pakai dan mereka ada hak untuk tidak benarkan pengunjung masuk,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Ubat Generik dan Biosimilar Antarabangsa (IGBA) – Organisasi bagi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Namun menurut Khairy, terdapat beberapa situasi masih diwajibkan bagi pemakaian pelitup muka iaitu individu bergejala, apabila menaiki pengangkutan awam termasuk e-hailing, kapal terbang, bas kerja dan van sekolah.

Begitu juga semasa fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan setara dengannya.

“Kementerian Kesihatan amat menggalakkan supaya pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama berada kawasan ramai orang sesak seperti pasar malam, stadium, pusat beli-belah dan rumah ibadat untuk solat jemaah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan