24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penjara sahkan Najib di Hospital Rehabilitasi Cheras

Pihak HKL telah merujuk Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sejak 19 September lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Penjara mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menjalani rawatan lanjutan.

Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan menyatakan bekas Perdana Menteri itu sebelum ini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaannya yang tidak memuaskan.

“Pada 19 September lalu, pihak HKL telah merujuk Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.

“Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan, Jabatan Penjara juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.

Advertisements

“Ini termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” katanya.

Semalam, beberapa pihak mendesak kerajaan supaya menjelaskan mengenai dakwaan layanan istimewa diberikan kepada Najib yang dirujuk dengan nama kod Merpati dalam media sosial baru-baru ini.

Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa bekas Perdana Menteri itu ke (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Ekoran itu, rata-rata netizen menggesa Jabatan Penjara supaya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa perkara melibatkan dakwaan tersebut. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan