24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Rafizi selamat jalani pembedahan tulang belakang

Mesti Baca

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan beliau telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Beliau berkata, kesakitan itu disebabkan terlantar beberapa hari akibat dijangkiti Covid pada minggu ketiga Januari lalu menyebabkan berlaku slipped disc.

Katanya, keadaab memuncak selepas beberapa minggu sehinggakan beliau tidak lagi boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Diagnosis dari MRI menunjukkan tulang belakang saya mempunyai masalah stenosis, iaitu ada tekanan (compression) dari slipped disc (yang menekan saraf dari depan) dan dari ligamen yang memegang tulang belakang (yang menekan saraf dari belakang) sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan,” katanya menerusi aplikasi X hari ini.

Rafizi berkata, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc telah berjalan baik dan kini beliau telah boleh berjalan semula.

“Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan UPM yang merawat saya,” katanya sambil menambah beliau akan kembali bertugas bulan depan.

Rafizi berkata, Oktober tahun lalu, beliau telah dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung.

Advertisements

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu tidak fikir disebabkan tekanan kerja dan seumpamanya tetapi keadaan kolesterolnya yang memang tinggi sejak muda.

“Setelah berpuluh tahun hidup dengan kolesterol yang tinggi, sudah tentu ada saluran darah yang tersumbat.

“Alhamdulillah, prosedur untuk membuka saluran darah di jantung yang tersumbat berjalan dengan baik.

“Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menjaga saya dengan baik,” katanya.

Sebelum itu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital.

“Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” katanya menerusi Facebook beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan