29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zahid terima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan di Jepun

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan daripada Shibaura Institute of Technology (SIT) di Tokyo, Jepun hari ini.

Menurut Zahid, anugerah tersebut atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Majlis TVET negara serta usaha berterusan bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus menjadi platform meningkatkan kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri.

“Alhamdulillah, pengiktirafan bermakna ini memberikan saya dan seluruh pasukan di bawah Majlis TVET Negara (MTVET) motivasi dan inspirasi untuk berusaha lebih kuat dalam menjadikan program serta ekosistemTVET Malaysia lebih berkualiti dan berdaya saing.

“Saya juga percaya pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini penting sebagai asas jaminan bahawa TVET bukan lagi pilihan kelas kedua malah menjadikannya pilihan kerjaya utama dan menjaminkan gaji premium serta lumayan sekaligus dapat mengubah persepsi masyarakat dalam memartabatkan TVET di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Tokyo hari ini.

Advertisements

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sedang berada di Jepun dalam rangka lawatan rasmi selama tujuh hari ke negara tersebut.

Turut serta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seru Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Zahid berkata, dalam lawatan tersebut, beliau telah mengadakan beberapa pertemuan yang memberi fokus kepada pemerkasaan TVET bagi menjadi pemacu utama dalam melahirkan tenaga mahir tempatan.

Selain itu, katanya, usaha tersebut untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpaksikan modal insan berkemahiran melalui pelaksanaan program TVET yang responsif, fleksibel dan inklusif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan