24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pihak pendakwa bantah permohonan Rosmah gugurkan hakim

Rosmah memfailkan permohonan saat akhir itu atas alasan penghakiman kes yang dikatakan bocor dan tular dalam media sosial

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PIHAK pendakwaan hari ini membantah permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan saat akhir itu atas alasan penghakiman kes yang dikatakan bocor dan tular dalam media sosial pada 26 Ogos lalu.

Ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram berkata “penghakiman bocor” yang dirujuk oleh pemohon (Rosmah) bukan penghakiman bertulis sama sekali.

“Dari dokumen itu sendiri jelas ia adalah kajian dan penulisan pendapat yang disediakan unit penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sri Ram berhujah permohonan Rosmah itu berdasarkan khabar angin dan berniat jahat dan pemohon tidak mengemukakan sebarang bukti yang boleh dipercayai dan kukuh untuk menyokong tuduhan bahawa hakim Zaini berat sebelah dan tidak wajar dalam penghakimannya.

“Kami sedia berhujah dan kami membantah sebarang permohonan penangguhan dan penyampaian penghakiman. Jika mereka tidak bersedia, kami minta ia (permohonan) ditolak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi membalas permohonan peguam Jagjit Singh supaya menangguhkan prosiding permohonan itu kerana mereka memerlukan lebih masa untuk mengumpul fakta.

Peguam itu membangkitkan perkara tersebut ketika prosiding bermula pada 9.28 pagi.

Jagjit juga berkata pihak pembelaan memerlukan masa untuk menjawab afidavit disahkan oleh timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn yang membantah permohonan Rosmah.

Advertisements

Hakim berkata pihak pembelaan telah memfailkan sijil perakuan segera biasanya bermakna perkara itu harus didengar secepat mungkin.

“Jika tidak pada hari yang sama, ia harus didengar pada hari berikutnya. Apabila kamu memfailkan sijil perakuan segera sehari sebelum hari Merdeka, saya telah mengarahkan pegawai saya supaya menyediakan prosiding hari ini,” katanya.

Hakim bertanya kepada pihak pembelaan idea siapa permohonan itu difailkan dan Jagjit menjawab, “Kami bertindak atas arahan.”

“Kamu mahu (prosiding) permohonan itu ditangguhkan ke hari lain? Permohonan ini akan bersifat akademik selepas saya menyampaikan keputusan saya,” kata hakim.

Beliau juga mengambil maklum dakwaan dalam permohonan agar beliau menarik diri itu berkaitan kononnya penghakiman ditulis oleh pihak ketiga bagi pihaknya.

Bagaimanapun, hakim itu berkata beliau seorang sahaja yang akan menjawab perkara itu dan meminta pihak pembelaan berhujah mengenai permohonan tersebut sebelum menangguhkan prosiding itu.

“Saya akan tunggu. Beritahu saya apabila sudah bersedia,” katanya.

Hakim dijadual menyampaikan keputusan kes itu hari ini.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan