26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lee Tuck kini sah warganegara Malaysia

Lee Tuck berusia 34 tahun itu membuat pengesahan menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, hari ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tengah berpengalaman, Lee Tuck mengesahkan dia kini memiliki status warganegara Malaysia sekaligus membolehkan beliau beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Lee Tuck berusia 34 tahun itu membuat pengesahan menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi kenyataan itu, Tuck berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang FC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab itu kerana menyokongnya sepanjang proses mendapatkan status kewarganegaraan.

“Hari ini saya akhirnya dan secara rasmi boleh mengatakan saya adalah warga negara Malaysia. Saya benar-benar bersyukur mendapat kewarganegaraan Malaysia.

“Ia perjalanan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini, tetapi ini peluang tidak dapat saya lepaskan,” tulisnya.

Sri Pahang sebelum ini dilaporkan berusaha untuk menjadikan Lee Tuck dan pemain kelahiran Argentina, Sergio Aguero sebagai pemain naturalisasi.

Lee Tuck beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2017 apabila dia menyertai Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu pada 2018 dan bersama Sri Pahang pada musim lalu.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini sudah memiliki tiga pemain naturalisasi termasuk Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya.

-EDISI9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan