Tuesday, July 21, 2026

Nik Abduh dilantik ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus - Anwar Ibrahim

Mesti Baca

AHLI Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz antara tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh tiga tahun bermula 25 April lalu sehingga 25 April 2028.

Turut dilantik adalah seorang lagi seorang lagi Ahli Dewan Negara yang juga Tokoh Bahasa, Datuk Seri Prof Emeritus Dr Awang Sariyan serta Ahli Parlimen Langkawi dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.

“Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus.

“(Ini) sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Sebelum itu Anwar menyampaikan surat cara pelantikan kepada tiga ahli baharu tersebut di Bangunan Parlimen hari ini.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan