
BAHAGIAN 2
DESAKAN hidup untuk menyara tiga orang anak yang masih bersekolah menyebabkan Jasmine (bukan nama sebenar), 28, kembali menjadi penagih dadah.
Jasmine yang bekerja sebagai pengasuh di sebuah Taska pada sebelah siangnya dan malam pula bekerja sebagai peniaga barangan dalam talian (online) memerlukan tenaga untuk berjaga bagi meneruskan aktiviti penghantaran barangan jualannya.
Pada awalnya dia berjaya pulih dari penagihan namun kembali aktif selepas tidak sebumbung dengan suaminya yang juga seorang penagih tegar.
Sejak umur 16 tahun dia sudah mengenali dadah jenis syahbu akibat tertekan dengan peristiwa hitam yang menimpanya.
Malah dia mendakwa hidupnya sudah sia- sia sehingga sanggup merosakkan diri dengan menjerumuskan diri dengan dadah.
Ikuti wawancara ekslusif MOHD NAIM ABDUL AZIZ di Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) Dengkil, Selangor baru-baru ini :