23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

31 set bubu naga dirampas APMM Kuala Kurau

Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini dianggarkan berjumlah RM2,790 dengan nilai RM90 setiap satu set.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 31 set bubu naga di kedudukan 1.2 dan 1.3 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang, Kuala Kurau, Perak pada pukul 8.50 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, pasukan bot ronda pihaknya mengesan pelampung yang mencurigakan disyaki penanda kepada bubu naga ketika melakukan rondaan rutin semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan dilakukan menemukan sebanyak 16 set bubu naga di lokasi pertama iaitu di kedudukan 1.3 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang dan selebihnya di 1.2 batu nautika perairan sama.

“Kesemua bubu naga dan penanda dirampas serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Baca juga:   2 video tular berniat jahat, Ismail Sabri lapor polis

“Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini dianggarkan berjumlah RM2,790 dengan nilai RM90 setiap satu set,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Najhan, kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“APMM mengingatkan kepada semua komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kelestarian ekosistem perairan Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan