Tuesday, July 21, 2026

Larangan bawah 13 tahun guna media sosial langkah tepat – Pakar

Media sosial kini bukan sekadar platform hiburan, tetapi telah menjadi ruang utama pembentukan identiti dan personaliti seseorang individu.

Mesti Baca

BAHAGIAN 1/3:

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan larangan penggunaan media sosial kepada individu bawah 13 tahun serta mewajibkan pengesahan umur disifatkan sebagai langkah tepat dalam melindungi generasi muda daripada kesan negatif dunia digital.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Malaya, Dr. Mumtaz Aini Alivi berkata, peraturan tersebut penting bagi memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada kandungan tidak sesuai yang mampu menjejaskan emosi dan perkembangan mental mereka.

“Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aktiviti yang dipaparkan dalam media sosial dan tidak mempunyai tahap kematangan yang mencukupi untuk membezakan fakta yang betul dan palsu. 

“Kelompok kanak-kanak ini mempunyai emosi atau lebih serius mengalami kesihatan mental jika terjerumus ke dalam aktiviti media sosial yang tidak terkawal,” katanya ketika dihubungi Edisi 9, baru-baru ini

Menurut beliau, media sosial kini bukan sekadar platform hiburan, tetapi telah menjadi ruang utama pembentukan identiti dan personaliti seseorang individu.

DR MUMTAZ AINI ALIVI

“Oleh itu, penglibatan kanak-kanak dalam usia di bawah 13 tahun sememangnya tidak sesuai. Mereka belum bersedia untuk menangani dopamine loops di dalam media sosial dan belum dapat mengawal diri daripada penilaian terhadap risiko.

“Ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dan mula ketagih media sosial sehingga mula skrol tanpa henti kerana merasa seronok,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mumtaz Aini menegaskan bahawa usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu wajar disokong dengan pelaksanaan menyeluruh serta disertai program pendidikan digital melibatkan ibu bapa dan sekolah supaya kawalan penggunaan media sosial dapat dilakukan secara berkesan.

“Larangan dan verifikasi umur ini adalah langkah awal. Namun, pendidikan literasi digital perlu seiring supaya kanak-kanak benar-benar memahami batas serta risiko media sosial,” katanya.

Cadangan penguatkuasaan larangan penggunaan media sosial kepada individu bawah umur 13 tahun itu kini dalam peringkat penelitian MCMC bersama beberapa pihak berkepentingan. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan