27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mohd Shukrie lepaskan jawatan Presiden, MD KPJ Healthcare

Ketua Pegawai Kewangannya, Norhaizam Mohammad akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mohd Shukrie buat sementara waktu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh meletakkan jawatannya hanya lima bulan selepas memegang jawatan itu pada 1 April lalu.

Beliau berundur daripada jawatan tersebut berkuat kuasa 7 September ini untuk mencari peluang lain, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan di sini, lapor DagangNews.com.

Sejak dua tahun lalu, KPJ Healthcare menyaksikan dua pengarah urusan datang dan pergi, iaitu Mohd Shukrie dan Ahmad Shahizam Mohd Shariff.

Mohd Shukrie menggantikan Ahmad Shahizam yang dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan itu pada 9 Julai 2020, sebelum memutuskan untuk berundur berkuat kuasa 31 Mac tahun ini.

Sebelum itu, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Presiden dari 1 Januari 2013 hingga 1 Julai 2020.

Dalam kenyataannya, KPJ Healthcare berkata, Ketua Pegawai Kewangannya, Norhaizam Mohammad akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mohd Shukrie buat sementara waktu, dan menyandang jawatan pegawai bertanggungjawab.

Pengerusi KPJ Healthcare, Datuk Md Arif Mahmood berkata, Kumpulan itu yakin dengan pengalaman luas Norhaizam dalam industri penjagaan kesihatan, mampu sepenuhnya memimpin sebagai pegawai yang bertanggungjawab, disokong oleh Lembaga Pengarah, serta pasukan pengurusan kanan yang berpengalaman.

“Melangkah ke hadapan, syarikat akan kekal fokus untuk menerajui rancangan pertumbuhan strategik kami.

“Prospek terus bertambah baik dalam sektor penjagaan kesihatan dan KPJ Healthcare berada pada kedudukan yang baik untuk menangkap peluang,” tambahnya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan