25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

3 laporan kes rogol, liwat libat pelajar sekolah di Kota Bharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menerima tiga laporan kes rogol membabitkan tiga pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan pada 2 dan 3 September lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, dua daripada kejadian rogol tersebut berlaku di kawasan sekolah yang sama melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati kejadian yang dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.

“Tiga suspek yang terlibat telah ditangkap dengan dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah dan seorang kelindan lori berumur antara 17 tahun dan 19 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Mohd Rosdi berkata, hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan