32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Dr Mahathir terus persoal kesahihan pelantikan TPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RUMAH sudah siap, tapi pahat masih berbunyi!!

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mempersoalkan pelantikan seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah berdasarkan Perlembagaan negara.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara itu boleh dirujuk berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan.

“Saya sedang menyemak Perlembagaan Persekutuan tiba-tiba saya mendapati ketidakselarasan peruntukan di bawah Perkara 33A.

“Ia berbunyi seperti berikut: ‘Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika didakwa dengan suatu kesalahan’ di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

“Jelas sekali bahawa pertuduhan atas kesalahan adalah sangat serius sehingga seseorang seperti Yang di-Pertuan Agong akan berhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong.

“Ia tidak mengatakan bahawa Baginda perlu didapati bersalah sebelum Baginda berhenti menjalankan tugasnya. Didakwa jelas cukup serius untuk perlembagaan menetapkan pemberhentian fungsinya.

Advertisements

“Sekarang, bagaimana dengan penjawat yang lebih rendah seperti TPM. Dia telah didakwa dengan lebih 40 pertuduhan. Namun, dia dilantik sebagai TPM dan masih memegang jawatan tersebut.

“Adakah jawatan TPM lebih kanan sehingga membolehkan dia menerima layanan yang lebih baik berbanding Yang di-Pertuan Agong?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dr. Mahathir juga berpandangan, reformasi perlu dilakukan berhubung perkara yang dibangkitkannya itu.

“Baiklah. Saya akan menjaga cucu saya sekarang. Abaikan sahaja perkara ini,” katanya sinis.

Dalam hantaran beliau, Dr. Mahathir tidak menyebut nama individu berkenaan.

Bagaimanapun, secara jelas dipercayai merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi di mahkamah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pau Marti bakal ucap ‘adios’ kepada skuad Harimau Malaya

PIALA Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini bakal menjadi tugasan terakhir Pau Marti Vicente sebagai Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan