25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

KPLB akan bincang dengan JPA naikkan gred Pengurus PKD

Ketika ini gred bagi jawatan Pengurus PKD adalah N19 dengan kontrak selama setahun.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan gred Pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan kenaikan gred itu sesuai dengan peranan dan pengalaman mereka.

“Kita juga nak buat kajian bersama JPA untuk lanjut kontrak Pengurus PKD kerana selepas kontrak mereka tamat perlu membuat permohonan semula, sebab mereka sudah berpengalaman dan nak kerja semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama Pengurus PKD seluruh Malaysia semalam.

Jelas Mahdzir, ketika ini gred bagi jawatan Pengurus PKD adalah N19 dengan kontrak selama setahun.

Mahdzir Khalid bersama sebahagian Pengurus PKD selepas sesi perjumpaan dengan Pengurus PKD seluruh Malaysia semalam.

Kementerian juga katanya, mencadangkan agar tersebut diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang.

“Selepas kontrak mereka tamat, mereka buat permohonan baharu dan mereka dinilai selepas itu, kalau markah baik sambung lagi.

“Tapi setiap kali kontrak nak habis mereka akan berfikir kena cari kerja baharu, jadi kesian juga kepada mereka.

Tambahnya, kontrak perkhidmatan Pengurus PKD mungkin boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun memandangkan kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun dan cukup berpengalaman.

Setakat ini terdapat 180 Pengurus PKD di seluruh negara yang telah menjalankan sebanyak 4,402 program di PKD bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berakhir Ahad lalu dengan mencatatkan kehadiran pengunjung lebih 115, 000 orang.

“Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran Jelajah AKM dan ucapan terima kepada semua agensi KPLB, terima kasih kepada kerajaan negeri, pegawai terlibat,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan