24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki ancam bawa bom, serang kru kabin ditangkap

Lelaki itu kemudian ditangkap kerana membuat ugutan palsu dan disyaki mengambil dadah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berusia 37 tahun ditahan polis selepas dia didakwa membawa bom di dalam sebuah pesawat penerbangan Singapore Airlines, kata pihak berkuasa itu hari ini.

Memetik laporan Agensi, lelaki itu juga ditahan selepas dia didakwa menyerang kru kabin ketika berada di dalam pesawat tersebut.

Menurut polis, dia mendakwa bom tersebut terdapat di dalam beg yang dibawa menaiki pesawat itu.

Lelaki itu kemudian ditangkap kerana membuat ugutan palsu dan disyaki mengambil dadah.

Advertisements

Dia dipercayai bukan warga Singapura dan kejadian tersebut berlaku pada pagi tadi.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi pada jam 5.50 pagi setelah diiringi oleh dua jet pejuang F-16C/D Tentera Udara Republik Singapura, kata polis.

Ancaman bom yang dibuat oleh lelaki tersebut kemudian didapati palsu.

Pesawat itu tiba di Singapura setelah berlepas dari San Francisco, Amerika Syarikat.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan