25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

PH tak pernah bersama PM kecuali demi muslihat – Ahmad Zahid

Saksikan sejak kerajaan gagal 22 bulan tumbang pada Februari 2020, pesaing BN teramat takut mandat akan diserahkan semula kepada rakyat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menasihatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu takut kepada dia selaku Presiden UMNO.

Ahmad Zahid berkata, memang tiada apa yang perlu digusarkan oleh Perdana Menteri berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana musyawarah sentiasa terjalin.

Bagaimanapun menurutnya, DAP itu sendiri yang perlu takut kepada Presiden UMNO.

“Sememangnya DAP takut kepada Presiden UMNO, tetapi Perdana Menteri pula mereka tuduh takut. Inilah watak penakut yang licik, penghasut lagi mengadu domba.

“Sedangkan hal yang sepatutnya diperkatakan adalah `Perdana Menteri tidak perlu takut dengan desakan DAP jangan mengadakan PRU-15 sekarang’.

“Jangan bimbang dengan ancaman DAP berhubung MoU yang penuh kepura-puraan kerana PH (Pakatan Harapan) tidak akan pernah bersama Perdana Menteri kecuali demi muslihat tertentu,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Ahmad Zahid lagi, Perdana Menteri tidak perlu takut ugutan DAP kerana beliau Perdana Menteri Malaysia, bukan Perdana Menteri menjaga kepentingan DAP yang gusar untuk berdepan mandat rakyat.

Menurutnya, rakyat malah yakin Perdana Menteri akan bertindak sebagai seorang Perdana Menteri kepada negara dan bukannya pengikut telunjuk pemimpin DAP atau PH.

“Mou untuk kepentingan politik PH yang sebenarnya telah berakhir Julai lalu itu tidak akan melindungi Perdana Menteri daripada kerakusan dan kezaliman politik musuh BN.

“Saksikan PH secara terbuka sedang menyerang Perdana Menteri dalam isu ekonomi selepas menolak tawaran kerjasama bagi berkongsi idea dengan pasukan khusus menangani inflasi.

“Seperti saya pernah nyatakan beberapa hari lalu, persoalan sebetulnya apakah benar lawan tidak mahu PRU-15 diadakan kerana bimbangkan banjir?

Malah Ahmad Zahid turut mempersoalkan kejujuran DAP.

Advertisements

“Jujurkah mereka dengan alasan tersebut atau ia sekadar satu lagi muslihat untuk mengelak daripada perlu berdepan dengan penentuan rakyat.

“Saksikan sejak kerajaan gagal 22 bulan tumbang pada Februari 2020, pesaing BN teramat takut mandat akan diserahkan semula kepada rakyat.

“Sudah lebih dua tahun mereka berikhtiar untuk menyekat rakyat dibenarkan menunaikan hak demokrasi mereka bagi memilih sebuah kerajaan baharu.

Menurut Ahmad Zahid, kemungkinan banjir besar tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat, malah Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini juga menafikan pasti banjir besar pada hujung November 2022.

“Sekali lagi saya menegaskan kemungkinan banjir besar hujung tahun lebih menuntut PRU-15 diadakan sekarang agar kebajikan rakyat diuruskan oleh sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.

“Kita tidak mahu insiden percanggahan dalam urusan membantu mangsa banjir berulang akibat daripada sebahagian pimpinan kerajaan parti lawan terlalu merancang agenda politik.

“Kita juga tidak mahu kemelut ‘tutup pintu depan, buka pintu belakang’ terus berlaku dalam pentadbiran kerajaan kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan yang kukuh dan stabil perlu juga dibentuk sekarang bagi membentengi negara daripada risiko kemelesetan ekonomi global yang diramalkan pada tahun depan.

“Lagi pun kita tidak mahu Pengerusi PN terus mengambil kesempatan mensabotaj imej kerajaan menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Sebab itu kita perlu adakan PRU-15 sebelum kemungkinan terjadi banjir walaupun kita amat yakin terhadap kemampuan SPR menjayakan demokrasi dalam apa jua situasi,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Safiq Rahim pula jadi mangsa keganasan bola sepak

MAKIN menjadi-jadi. Selepas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan individu tidak bertanggungjawab...

Lagi Artikel Berkaitan