34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

KPM terus pantau projek SMK Kota Warisan

Pembinaan sekolah berkenaan dengan 42 bilik darjah serta kemudahan lain ijangka siap pada September 2025.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan memantau projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Warisan, Sepang agar pembinaan sekolah berkenaan berjalan sebagaimana dirancang.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pembinaan sekolah baharu dengan 42 bilik darjah serta kemudahan lain termasuk padang dan gelanggang permainan ini dijangka siap pada September 2025.

“Pastinya ini satu berita gembira buat warga Sepang, khususnya sekitar Kota Warisan yang mana ketika ini sekolah menengah terdekat bagi penduduk di sini adalah dalam lingkungan lapan hingga 13 kilometer,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Hadir sama, Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Katanya, sebentar tadi beliau berkesempatan ke tapak pembinaan SMK Kota Warisan di Sepang bagi meninjau dan mendengar taklimat berhubung perkembangan projek oleh pegawai JKR dan JPN Selangor.

Radzi Jidin diiringi Rina Harun mendengar taklimat berhubung perkembangan projek oleh pegawai JKR dan JPN Selangor.

Katanya, pembinaan SMK Kota Warisan ini diputuskan selepas mengambil kira peningkatan populasi penduduk selain pertambahan murid di tiga buah SMK berdekatan dengan jumlah murid bagi satu kelas ketika ini adalah melebihi 40 orang.

“KPM akan memantau projek SMK Kota Warisan ini agar pembinaan sekolah ini berjalan sebagaimana dirancang.

“Ini demi mewujudkan suasana lebih kondusif kepada murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

Ujar beliau, KPM komited melakukan yang terbaik.-Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan