31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kadar inflasi di Malaysia paling rendah di dunia – Tengku Zafrul

Kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12 peratus sekiranya kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KADAR inflasi di negara ini telah meningkat sebanyak 2.8 peratus bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini namun ia masih rendah berbanding negara-negara lain di dunia.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan itu selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2.2 peratus dan 3.2 peratus tahun ini.

Beliau berkata, kadar inflasi pada bulan Julai lalu berbanding dengan Julai 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 pperatus.

“Trend kadar inflasi yang tinggi adalah fenomena global yang turut dialami oleh banyak negara di dunia berikutan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

“Walau bagaimanapun, kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-109 yang dikeluarkan hari ini.

Laporan Kewangan Rakyat merupakan penjenamaan semula bagi Laporan Laksana yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan secara mingguan sejak April 2020.

Sumber: Laporan Kewangan Rakyat Bil. 109

Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi Malaysia pada bulan Julai 2022 adalah lebih rendah berbanding United Kingdom yang mencatatkan 10.1 peratus, Kesatuan Eropah (8.9 peratus) dan Amerika Syarikat sebanyak 8.5 peratus.

Malahan, kata beliau, kadar itu lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Thailand (7.6 peratus), Singapura (7.0 peratus), Filipina (6.4 peratus), Korea Selatan (6.3 peratus) dan Indonesia sebanyak 4.9 peratus.

“Kadar inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berikutan langkah kerajaan menyediakan peruntukan subsidi yang lebih besar iaitu sebanyak RM77.7 bilion bagi tahun 2022 jika dibandingkan dengan bajet asal sebanyak RM31 bilion.

“Kerajaan juga melaksanakan harga kawalan melalui Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia dan Skim Kawalan Harga Musim
Perayaan terhadap barang kawalan asas,” kata beliau.

Menteri Kewangan itu berkata, dalam masa yang sama, kerajaan juga telah memperluaskan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Katanya, Program melibatkan peruntukan RM80 juta itu dilaksanakan mulai Ogos sehingga Disember ini untuk menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12 peratus sekiranya kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat.

“Segala usaha Kerajaan sudah tentu bagi membantu Keluarga Malaysia daripada terus terkesan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan