28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Smart city’ mampu lonjak pembangunan Johor – Onn Hafiz

Kepentingan projek pemangkin (catalyst) dan projek nilai tambah (value added) juga ditekankan bagi meningkatkan lagi ekonomi di negeri ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERANCANGAN  sebuah bandar raya pintar (smart city) yang boleh dilaksana antara kerajaan negeri dan syarikat komunikasi berteknologi tinggi dilihat mampu melonjakkan pembangunan Johor ke tahap yang lebih tinggi.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perancangan sebegini akan banyak memanfaatkan kerajaan negeri dan diharap perbincangan mengenai usaha berkenaan tidak terhenti.

“Semoga perbincangan ini tidak terhenti di sini. Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan.

“Saya percaya nasihat kepakaran kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) akan dapat membantu Johor membangun secara mampan serta mencapai matlamat negeri maju menjelang 2030, demi kemakmuran rakyat pada masa hadapan,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Sebelum itu, Onn Hafiz menerima kunjungan delegasi MIGHT yang diketuai oleh Pengerusi Bersama (Kerajaan), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid.

Katanya, antara perkara yang dibincangkan ialah keperluan modal insan di Johor dan cadangan bagaimana industri berteknologi tinggi boleh mendapatkan tenaga kerja daripada universiti tempatan.

Menurutnya, keperluan tenaga kerja berkenaan boleh dilakukan melalui kerjasama pemain industri dan pihak universiti, di mana para pelajar boleh bekerja di firma teknologi tinggi semasa cuti semester dan akhirnya mendapat pekerjaan di sana.

“Kepentingan projek pemangkin dan projek nilai tambah juga ditekankan bagi meningkatkan lagi ekonomi di negeri ini, selain menetapkan sektor keutamaan yang perlu diberi perhatian untuk terus dikembangkan,” katanya.

Menurut Menteri Besar, sebagai sebuah badan pemikir, MIGHT mempunyai keahlian daripada pihak awam dan swasta.

“Idea dan kepakaran yang didapati memberinya kelebihan dalam menasihati dan membantu kerajaan sama ada persekutuan atau negeri, kementerian serta agensi untuk merancana pembangunan berteknologi tinggi.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan