33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Harimau kumbang masuk rumah di Semenyih

Salah seorang penduduk membuat panggilan kecemasan sejurus haiwan liar itu masuk ke dalam kawasan rumahnya sekitar pukul 3.32 petang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di sekitar Jalan TPS 3/2, Taman Pelangi, Semenyih, Selangor digemparkan dengan kehadiran seekor harimau kumbang yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan berkenaan, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, salah seorang penduduk membuat panggilan kecemasan sejurus haiwan liar itu masuk ke dalam kawasan rumahnya sekitar pukul 3.32 petang.

Menurutnya, setelah membuat ‘size up’ didapati benar terdapat seekor harimau kumbang berada di tempat parkir rumah pemanggil.

“Anggota bomba membantu membuat pengosongan di sekitar ruang parkir berkenaan dan memasang jaring khas sebelum pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjalankan kerja-kerja membidik ubat pelali,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, sejurus selesai diberikan ubat pelali, anggota bomba membantu Perhilitan mengangkat harimau kumbang tersebut ke dalam sangkar khas.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan haiwan liar itu diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

“Operasi tersebut tamat kira-kira pukul 7.10 malam,” katanya.

-EDISI9 

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan