31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Ayuh sokong skuad Harimau Malaya julang Piala Raja Thai – PM

Untuk rekod, negara pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada semua Keluarga Malaysia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk menjulang Piala Raja Thai.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya selepas layak ke perlawanan akhir Piala Raja Thai 2022 yang berlangsung di Stadium Chiang Mai, Thailand, malam tadi.

“Tahniah #HarimauMalaya, mara ke perlawanan akhir Piala Raja Thai selepas menewaskan Thailand 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

“Saya berharap aksi yang sama dapat dipamerkan apabila kita bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir, 25 September ini,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Malam tadi, anak didik Kim Pan Gon mengesahkan kemaraan ke pentas final piala itu setelah menewaskan Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit masa perlawanan.

Baca juga:   PKP 2.0 sambung 14 hari, kes positif masih tinggi

Penjaga gawang skuad bola sepak kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed muncul wira apabila menafikan sepakan penalti yang diambil pemain Gajah Perang, Supachok Sarachart.

Untuk rekod, negara pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan