26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Adi Putra diangkat ikon BN, bantu kempen PRU15 kelak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra diangkat menjadi ikon Pemuda Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook beliau selepas mendapat kunjungan aktor berkenaan.

Berikutan dengan lantikan itu, Adi Putra dilaporkan akan turun padang membantu kempen BN di setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Asyraf Wajdi berkata, Adi Putra telah menyatakan kesediaan untuk melapangkan masa bagi membantu BN.

Advertisements

“Adi Putra juga telah diangkat menjadi Ikon Pemuda BN Selangor. Beliau tak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini kerana berada di Tanah Suci,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi dua keping gambar pertemuan mereka di pejabatnya di Kuala Lumpur termasuk gambar menunjukkan Adi Putra menerima baju Pemuda BN.

“Hikmah meletupnya filem Mat Kilau, banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanah air dengan penuh penghayatan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan