28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Azeez gagal batal tuduhan rasuah, ubah wang haram

Abdul Azeez hanya akan meneruskan perbicaraan untuk sembilan lagi pertuduhan dan sebutan kes pada 7 September ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal dalam rayuannya untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.

Keputusan sebulat suara (unanimous) itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md. Said selepas menolak permohonan Abdul Azeez selaku pemohon.

Hakim Kamaluddin Md Said berpegang bahawa ketiga-tiga tuduhan rasuah itu tidak cacat.

Hakim lain yang bersidang ialah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Azeez untuk membatalkan empat daripada 10 tuduhan pengubahan wang haram kerana lokasi didakwa yang dinyatakan bawah empat tuduhan itu “terlalu luas”.

Justeru itu, daripada 13 pertuduhan, Abdul Azeez hanya akan meneruskan perbicaraan untuk sembilan lagi pertuduhan dan sebutan kes pada 7 September ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Advertisements

Sebelum ini, Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Terdahulu pada prosiding 26 Ogos lalu, keputusan batal pertuduhan terpaksa ditangguhkan berikutan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez memaklumkan anak guamnya telah telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Univeristi Malaya (PPUM) selepas mengalami masalah kesihatan.

Sebelum ini, pada Januari 2019, Abdul Azeez, 55, didakwa atas 13 pertuduhan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Kedah dan Perak iaitu melibatkan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 pertuduhan penggubahan wang haram.

Projek tersebut melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan