26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Polis nafi wujud unsur intimidasi ketika rakam keterangan Rafizi

Peranti berkenaan akan dipulangkan kelak setelah proses analisa dan siasatan selesai dilakukan pegawai penyiasat kes tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan  dakwaan berlaku unsur intimidasi semasa mengambil keterangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM telah memanggil dan merakam percakapan daripada Rafizi pada 3 September lalu bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial didakwa berunsur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Latiff Ahmad.

Menurut beliau, bagi membantu siasatan, sebuah telefon bimbit bersama kad sim yang dipercayai digunakan Rafizi untuk memuat naik hantaran yang disiasat telah diambil dan disimpan PDRM bagi proses analisa forensik digital.

“PDRM menafikan tindakan menyimpan telefon bimbit milik Mohd Rafizi Ramli sebagai satu bentuk intimidasi dan sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada proses siasatan bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan analisa forensik digital dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Acryl lagi, peranti berkenaan akan dipulangkan kelak setelah proses analisa dan siasatan selesai dilakukan pegawai penyiasat kes tersebut.

Menurutnya, PDRM juga sedang menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Abd. Latiff dan sesi rakaman keterangannya telah pun selesai dijalankan.

“Proses siasatan bagi kedua-dua laporan polis adalah secara profesional tanpa sebarang bentuk tekanan seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan memberikan ruang kepada PDRM untuk menyiapkan kertas siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan dalam laman Facebook memberitahu rasa kesal dengan tindakan polis merampas telefon bimbit milik Rafizi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyifatkan tindakan itu sebagai proses intimidasi yang perlu dihentikan segera oleh polis agar tidak memberi tekanan kepada Rafizi. 

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan