25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Zahid garis tiga teras kenapa PRU-15 perlu disegerakan

Iaitu bagi membentuk kerajaan BN yang dominan, politik yang stabil serta memperkasakan ekonomi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggariskan tiga teras pertimbangan untuk mewajarkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan dengan segera.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, tiga teras tersebut ialah mengembalikan dominasi parti itu dalam kerajaan, kestabilan politik serta memperkasa pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, UMNO dan BN harus kembali dominan dalam kerajaan agar segala keputusan parti akan segera dilaksanakan kerajaan.

“Isu pengeluaran wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah contoh diperlambatkan sedangkan parti sudah lama mendesak,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi BN, hari ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, politik negara juga harus distabilkan semula untuk membolehkan kerajaan memberi fokus dan keutamaan terhadap isu rakyat.

“Contoh, masih ada lagi parti Bersatu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan walaupun tempoh pilihan raya kurang daripada setahun,” katanya.

Advertisements

Dari segi ekonomi pula, jelas Zahid, pertumbuhannya perlu diperkasakan semula selepas pandemik Covid-19.

“Dasar dan tindakan lebih bersepadu diperlukan membawa negara keluar daripada ketidaktentuan ekonomi.

“Kesemua ini memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil. (Justeru), PRU perlu diadakan seawal sedaya boleh berdasarkan tiga teras pertimbangan ini.

“Jika terus dilambatkan PRU maka ia melambatkan ketiga-tiga perkara tersebut yang saling berkaitan antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, Zahid menggesa PRU-15 diadakan segera selepas memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tamat bulan lalu.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini turut membayangkan PRU-15 mungkin diadakan lebih awal.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan