Thursday, July 23, 2026

1,010 guru baharu lantikan tetap dari Sarawak mendapat tempat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,010 guru baharu lantikan tetap DG41 yang berasal daripada Sarawak telah ditempatkan di sekolah rendah dan menengah dalam negeri kelahiran mereka sehingga 31 Julai lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pada masa yang sama, disebabkan bilangan graduan berasal dari Sarawak yang menepati keperluan opsyen di sekolah bagi negeri tersebut masih belum mencukupi, KPM telah menempatkan seramai 1,603 orang guru yang berasal daripada semenanjung ke sekolah di Sarawak bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penempatan guru baharu berdasarkan kepada kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.

“KPM juga berusaha untuk memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyan lisan Anyi Ngau (GPS – Baram) berkenaan status pelaksanaan dasar pengisian 90 peratus jawatan guru di Sarawak.

Radzi berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kekosongan perjawatan guru sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak pada 31 Julai 2022 adalah sebanyak 2,815 orang.

“Kekosongan perjawatan guru di sekolah rendah dan menengah di Parlimen Baram adalah sebanyak 250.

Ujar beliau, KPM komited untuk terus memastikan keperluan guru di seluruh negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan