25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

Wanita orang Asli berperanan pelihara, pulihara adat budaya – PM

Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia ini disambut pada 9 Ogos setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WANITA Orang Asli memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan adat budaya komuniti mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian sempena Sambutan Hari Orang Asli kepada semua Orang Asli Keluarga Malaysia sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia.

Menurut beliau, tema pada tahun ini iaitu “Peranan Wanita Orang Asli dalam Pemeliharaan dan Penyambung Pengetahuan Tradisional” amat tepat memandangkan wanita Orang Asli adalah tulang belakang komuniti Orang Asli.

“Agenda pembangunan memperkasa masyarakat Orang Asli akan sentiasa diteruskan agar seluruh masyarakat Orang Asli dapat menikmati kesejahteraan dan kemajuan di Malaysia samada dari aspek ekonomi, sosial dan pendidikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ditambah baik

Ujar beliau lagi, Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia ini disambut pada 9 Ogos setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli.

Untuk rekod, pada 23 Disember 1994, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Mesyuarat itu juga telah mengisytiharkan dua Dekad Antarabangsa bagi Orang Asal Sedunia (International Decades of the World’s Indigenous Peoples) iaitu yang pertama bermula 1995-2004 dan yang kedua 2005-2014, bertujuan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk menyelesaikan masalah dihadapi oleh masyarakat peribumi dalam pelbagai aspek seperti hak asasi manusia, alam sekitar, pembangunan, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sosial.

Baca juga:   Kestabilan politik bantu perkukuh tadbir urus banjir

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Warga emas maut selepas tagih hutang RM250 dari kawan lama

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia dalam pergaduhan berpunca dari menagih hutang di kedai makan di Jalan Prima 2, Metro...

Lagi Artikel Berkaitan