26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 14, 2022

Tipu pakej haji: 132 laporan polis, kerugian RM5.6 juta

Laporan yang diterima setakat 31 Julai lepas itu melibatkan 336 mangsa penipuan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 132 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada direkodkan setakat Ahad lepas membabitkan kerugian lebih RM5.6 juta.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, laporan yang diterima setakat 31 Julai lepas itu melibatkan 336 orang yang menjadi mangsa penipuan tiga syarikat pelancongan swasta.

Menurutnya, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu 52 membabitkan kerugian kira-kira RM2.3 juta diikuti Selangor dengan 33 laporan melibatkan kerugian RM966,100.

Sementara itu, 18 laporan melibatkan kerugian kira-kira RM1.2 juta diterima di Pahang manakala tujuh laporan di Johor dengan kerugian RM226,500 dan masing-masing enam laporan diterima di Kelantan dan Perak membabitkan kerugian keseluruhan RM483,000.

Baca juga:   49 pelanggan langgar SOP; kompaun RM73,500 dikenakan

“Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000 dan Terengganu dua laporan babitkan kerugian RM76,000 manakala masing-masing satu laporan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang melibatkan kerugian RM48,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata 23 kertas siasatan telah dibuka dengan lima daripadanya telah lengkap dan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Pada 7 Julai lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan swasta. – BERNAMA

Terkini

KPLB anjur program budayakan integriti JPKK

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan lebih banyak Program Integriti dan Tadbir Urus Dana Kerajaan dalam kalangan Jawatankuasa...

Lagi Artikel Berkaitan