25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

SMK Bohor Jaya bernilai RM59 juta dijangka siap Januari 2025

Kali terakhir sekolah menengah di bina di Langkawi adalah pada 2005 iaitu SMK Kelibang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Bohor Jaya di Pulau Langkawi, Kedah membabitkan kos sebanyak RM59 juta dijangka siapsepenuhnya pada Januari 2025.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ini menjadikan sekolah peringkat menengah berkenaan kesembilan di Langkawi.

Menurutnya, pembinaan sekolah baharu dengan 30 bilik darjah itu pastinya membawa khabar gembira buat warga pulau peranginan berkenaan khususnya penduduk dari 10 buah kampung berdekatan.

“Kali terakhir sekolah menengah di bina di Langkawi adalah pada 2005 iaitu SMK Kelibang.

Pembinaan SMK Bohor Jaya dibuat selepas mengambil kira trend demografi peningkatan penduduk.

“Dua buah sekolah menengah sedia ada yang berdekatan juga tidak lagi mampu menampung jumlah murid yang bertambah setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sempena majlis pecah tanah pembinaan SMK Bohor Jaya.

Ujar Radzi lagi, sekolah dengan kapasiti 900 murid ini pastinya memberi lebih pilihan kepada murid dari lima buah sekolah rendah berdekatan menyambung pengajian di peringkat menengah apabila siap kelak.

Menurutnya, SMK Bohor Jaya akan dilengkapi kemudahan dan infrastruktur yang kondusif seperti dewan sekolah dan surau serta kemudahan permainan atau sukan termasuk padang bola, trek, gelanggang badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang dan bola jaring.

“KPM komited memastikan projek ini berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut perancangan demi kesejahteraan pendidikan generasi anak-anak pewaris negara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan