31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Sindiket penipuan tawaran kerja dalam Shopee diserbu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menumpaskan sindiket penipuan tawaran melalui pusat panggilan (calling centre) dalam aplikasi Shopee di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Dalam serbuan itu, dua lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 31 tahun yang berperanan sebagai pekerja di pusat panggilan itu diberkas selain merampas enam unit komputer riba, 12 telefon bimbit pelbagai jenama dan 10 keping kad sim prabayar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata sindiket, yang beroperasi sejak Julai lalu menyasarkan mangsa dari Indonesia.

“Hasil siasatan awal mendapati terdapat unsur penipuan atas talian melalui penggunaan talian prabayar sebagai akses internet dan komputer riba yang dirampas.

“Semua suspek yang ditahan ini dikesan saling bekerjasama sejak satu hingga empat bulan lalu dan menerima tawaran ini melalui laman sosial Facebook,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   PMO nafi mesyuarat Muhyiddin bersama SPR

Amihizam berkata, pekerja sindiket menerima gaji antara RM3,000 hingga RM3,500 sebulan selain ditawarkan komisyen antara empat peratus dan lima peratus daripada kutipan keseluruhan dalam sebulan.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya pada tawaran peluang pekerjaan yang tidak jelas namun menjanjikan pulangan wang yang lumayan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh membuat semakan di nombor telefon dan nombor akaun di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Baca juga:   Waspada pinjaman tidak wujud di media sosial - SKMM

Sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan boleh dirujuk kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 dan Hotline Polis KL di talian 03-21460584. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan