31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Penjawat awam wajar pertahankan kerajaan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam diseru agar bersama-sama membantu kerajaan membawa negara ke arah kejayaan dan bukannya sekadar mempertahankan parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjawat awam juga wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan serta fitnah yang mengatakan kononnya kerajaan pimpinan beliau adalah kerajaan gagal.

“Apabila tuan puan mempertahankan kerajaan, tuan puan tidak berpolitik. Jangan lihat saya sebagai pemimpin politik sebaliknya lihat saya sebagai ketua kerajaan dan tuan puanlah anggota kerajaan.

“Kerajaan ini adalah kerajaan bersama dan sebab itu saya perkenalkan konsep Keluarga Malaysia kerana mahu kita bersama-sama anggap kerajaan ini sebagai satu keluarga,” katanya pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, lapor Kosmo!

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Baca juga:   Pegawai KPDNHEP disyaki terima suapan direman empat hari

Menurut Ismail Sabri, pencapaian cemerlang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini, peluang pekerjaan yang mencecah 400,000 serta prestasi nilai dagangan melepasi RM2 trilion merupakan antara kejayaan dikecapi kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, penjawat awam juga perlu bekerja sebagai satu keluarga dan tidak bekerja dengan budaya silo atau tertutup dan terasing.

Baca juga:   Penutupan sekolah bergantung kepada arahan terkini KKM

“Kita mesti bekerja bersama, kita ada tanggungjawab bersama dan tidak boleh bergerak secara silo tetapi mesti bekerja secara keluarga kerana cara silo sebenarnya akan menyebabkan kegagalan kepada sesuatu tindakan atau perancangan,” ujar beliau.

Tambah beliau, penjawat awam juga disarankan agar mengurangkan kerenah birokrasi terhadap pelabur bagi membolehkan ekonomi negara bertambah baik memandangkan ia sering dibangkitkan kumpulan itu ketika beliau mengadakan lawatan ke luar negara.

“Banyak kementerian terbabit dalam perkara sama dan akhirnya menyebabkan kelewatan. Bagi pelabur, peniaga, masa adalah sangat penting di mana kelewatan kelulusan akan menyebabkan kerugian pada mereka.

“Kerajaan juga sudah bersetuju mewujudkan unit #MyMudah bagi menangani isu birokrasi yang akan ditubuhkan di semua kementerian dan agensi Persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudahkan urusan perniagaan di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyatakan bahawa kejayaan kerajaan hari ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan dokongan semua penjawat awam.

Baca juga:   Bantuan khas RM700 penjawat awam dibayar esok

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan