32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Beri ruang PM urus negara dengan cara tersendiri

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh MOHAMED KHALED NORDIN

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mesti diberi ruang untuk menguruskan negara dengan caranya tersendiri.

Benar rakyat gelisah dengan kenaikan harga barang dan inflasi yang meningkat.

Ini bukan isu yang berlaku di Malaysia sahaja. Ia adalah fenomena global akibat daripada ‘multifacated elemen yang di luar kawalan Kerajaan.

Kita mesti mengiktiraf keputusan Kerajaan dalam usaha memastikan kos sara hidup tidak begitu membebankan.

Bukan lah mudah untuk Kerajaan memutuskan hampir RM80 billion dibelanjakan untuk membiayai subsidi pelbagai komoditi dan barangan keperluan rakyat bagi tahun ini.

Ia hampir sepertiga dari perolehan negara. Jumlah yang sangat besar ini bermakna kita terpaksa mengorbankan banyak keperluan pembangunan yang sangat diperlukan.

MOHAMED KHALED NORDIN

Begitu juga keputusan beliau menghapuskan AP bagi import bahan makanan. Ia adalah langkah sangat berani dan tepat bagi mengatasi segala masalah kecukupan makanan yang kita hadapi. Apalagi bila AP seperti suatu ‘sumpahan’ yang semua orang ingin menghindari daripada menyentuhnya selama ini.

Semenjak Ismail Sabri mengambil alih pentadbiran, beberapa pembaharuan politik yang radikal juga telah beliau laksanakan.

Penting untuk kita menghargai kejayaan beliau membenteras kecurangan politik dengan lulusnya Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti.

Kejayaan ini sangat istimewa kerana setelah begitu lama, ia boleh diselesaikan dalam hanya setahun pentadbiran beliau.

Sekarang kerajaan beliau sedang mempercepatkan RUU Pendanaan Politik. Semua ini adalah perkara yang tidak mungkin terjadi tanpa kemahuan politik dan kepimpinan yang fokus.

Komitmen beliau untuk memastikan laporan Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Perolehan Kerajaan dan Kewangan mengenai perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum wajar juga diberikan pengiktirafan.

Beliau jelas bersungguh-sungguh menanggani masalah LCS dengan telus dan mengikut lunas undang-undang.

Kekadang, amat mudah untuk kita bersikap sinis dengan pemimpin kita. Namun janganlah sehingga menjadikan kita tidak lagi objektif dan gagal bersifat rasional.

Sesungguhnya bukanlah mudah mengemudi negara dalam keadaan yang sangat mencabar sebegini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

• Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah Naib Presiden UMNO.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan