29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 berlangsung meriah

Paling mencuri tumpuan pengunjung, perarakan aset ketenteraan antaranya kereta kebal PT-91M (Pendekar), kereta perisai tempur Adnan AVR, Adnan AVF dan Adnan AMB dan misil Exocet MM40 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 2022 berlangsung meriah di Dataran Merdeka pada Rabu dengan kehadiran kira-kira 50,000 pengunjung.

Tepat jam 8 pagi, acara dimulakan dengan ketibaan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama jemaah menteri.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudian mencemar duli berangkat tiba bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Nyanyian lagu “Hormat Diraja” dan “Negaraku” berkumandang diiringi 14 das tembakan meriam oleh Rejimen Artileri Diraja diketuai Leftenan Kolonel Mohamad Asri Che Wil.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kemudian menyempurnakan pemeriksaan kawalan kehormat utama Panji-Panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja yang diketuai Mejar Nurul Fauzan Md Sabri.

Baca juga:   PM ucap terima kasih kepada Keluarga Malaysia
Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah melambai dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempamerkan simbolik isyarat cinta kepada rakyat jelata semasa baginda berdua dibawa menaki kereta kuda bagi mencemar duli ke sambutan Hari Kebangsaan 2022 pagi tadi. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9
Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah melambai dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempamerkan simbolik isyarat cinta kepada rakyat jelata semasa baginda berdua dibawa menaki kereta kuda bagi mencemar duli ke sambutan Hari Kebangsaan 2022 pagi tadi. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9

Bacaan ikrar kemudian dipimpin oleh Atlet Pecut Negara, Muhammad Azeem Fahmi diiringi 65 peserta Keluarga Malaysia mewakili pelbagai kaum dan etnik diikuti laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali.

Acara kemudian diteruskan dengan persembahan khas padang formasi kira-kira 600 peserta dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Acara diteruskan dengan perbarisan dan perarakan kontinjen kenegaraan melibatkan 15,971 peserta, 76 ekor haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara.

Jam 10 pagi, acara yang dinantikan pengunjung iaitu pancaragam, perarakan kenderaan berhias dan aset-aset agensi pertahanan mula mengambil tempat.

Antara kontinjen yang terlibat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Baca juga:   Anak Muda Gegor Bera himpun lebih 2,000 belia
ANGGOTA wanita yang akan berlepas ke Lubnan untuk misi pengaman (UN) mengambil bahagaian dalam acara perbarisan semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022 pagi tadi. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9
ANGGOTA wanita yang akan berlepas ke Lubnan untuk misi pengaman (UN) mengambil bahagaian dalam acara perbarisan semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022 pagi tadi. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9

Paling mencuri tumpuan pengunjung, perarakan aset ketenteraan antaranya kereta kebal PT-91M (Pendekar), kereta perisai tempur Adnan AVR, Adnan AVF dan Adnan AMB dan misil Exocet MM40 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selesai perarakan, Dataran Merdeka kemudian digegarkan dengan pertunjukan udara melintasi pentas utama.

PESAWAT tempur TUDM membuat lintasan hormat semasa pertunjukan ruang udara semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022 pagi tadi. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9
PESAWAT tempur TUDM membuat lintasan hormat semasa pertunjukan ruang udara semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022 pagi tadi. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9

Acara melibatkan melibatkan formasi pesawat Sukhoi SU-30 MKM, F/A-18D Hornet, B.A.E Hawk, pesawat pengangkut A400M Airbus, C130 Hercules serta tujuh jenis helikopter milik agensi kerajaan.

Tepat jam 10.45 pagi, acara diakhiri dengan keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebelum persembahan pentas oleh barisan artis tempatan antaranya Sufi Rashid, Nikki Palikat, Nadia Hasnan diserta Kumpulan Keseniaan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara. – BERNAMA

Baca juga:   100,000 Keluarga Malaysia hadir bukti patriotisme tinggi - PM

Wartawan

Terkini

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Aishah

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan...

Lagi Artikel Berkaitan