27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

Projek LCS: PM arah Peguam Negara, SPRM segerakan siasatan

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera berhubung isu projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, beliau berkata, kerajaan memandang serius isu tersebut dan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Kabinet.

“Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menggesa SPRM agar menyegerakan siasatan dan sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

“Saya telah memanggil Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata, Kabinet juga bersetuju agar Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Kata beliau, Kabinet turut mencadangkan agar Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan (declassify).

“Namun, proses ini perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu,” kata beliau.

Baca juga:   Anwar dapat kemudahan naik taraf pejabat setara menteri

Perdana Menteru berkata, Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan mengganggu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Jemaah Menteri pada 20 April lalu.

Baca juga:   16,000 hektar tanah diusahakan penanaman jagung bijirin - PM

“Kerajaan komited untuk meneruskan projek ini atas kepentingan pertahanan negara selaras dengan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Saya bagi pihak Kerajaan, memberi jaminan bahawa siasatan berhubung isu ini dijalankan dengan telus dan Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat,” tegas Perdana Menteri.

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan bahawa kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

Ia adalah antara sembilan rumusan yang diperolehi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerusi prosiding berkaitan kontrak berkenaan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, dalam kenyataan media hari ini berkata kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus.

“Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan,” katanya.

Baca juga:   Bersatu terus bersatu merintis sejarah baharu!

Beliau berkata PAC juga mendapati pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS. – Edisi 9

Baca juga:   UMNO lancar Tabung Muafakat Palestin bantu mangsa serangan

Wartawan

Terkini

Pemilik, tekong, kru warga asing didenda RM5,000

MAHKAMAH Majistret Kuala Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000 kepada pemilik bot nelayan kelas C bernombor...

Lagi Artikel Berkaitan