25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Polis Perak bongkar kegiatan makmal dadah dalam hutan

Hasil serbuan, polis merampas sejumlah dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 110.453 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM6,627,180.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya membongkar kegiatan makmal haram memproses dadah dan membuat rampasan lebih RM6 juta dalam serbuan di sebuah bangsal di hutan di Chenderiang, Perak, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan pada jam 9.45 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tapah.

Menurutnya, lima lelaki berusia berusia antara 29 hingga 33 tahun yang dipercayai terbabit dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah jenis methamphethamine berjaya ditahan.

“Hasil serbuan, polis merampas sejumlah dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 110.453 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM6,627,180.

Baca juga:   Peniaga ubah suai Skyline seperti kereta polis ditahan

“Turut dirampas dalam operasi itu adalah bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah,” katanya pada sidang media di perkarangan IPK Perak hari ini.

Ujar Mohd Yusri lagi, ujian saringan air kencing ke atas kelima-lima suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah.

“Dua antara yang ditahan ialah adik-beradik dan semua suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Semakan rekod jenayah mendapati empat suspek mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah pecah rumah secara berkumpulan,” katanya

“Sindiket itu dipercayai mula aktif sejak Jun 2022 dan dadah yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar Perak.

Menurutnya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Baca juga:   Dua penjenayah mati ditembak digelar Pendi Buaya, Nuar Taman

“Kita turut menyita dua kenderaan dan pelbagai barang kemas dianggarkan keseluruhan nilai harta yang disita RM161,375

“Nilai keseluruhan rampasan dadah bersama anggaran harta yang disita adalah RM6,788,555,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima suspek direman selama seminggu mulai Sabtu hingga 2 September depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan