27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pinda Akta Pendidikan tidak boleh dibuat sewenang-wenang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBARANG pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya sebaliknya perlu diteliti dari pelbagai persepsi berbeza.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, dalam konteks kajian terhadap Akta Pendidikan, memang banyak perbincangan sudah dibuat dan pihaknya sudah melihatnya dalam pelbagai sudut.

“Namun begitu, banyak perkara perlu diteliti dari persepsi yang berbeza.

“Sebab itu bila bercakap tentang Akta Pendidikan ini dia tidak boleh dibuat sewenang- wenangnya kerana apa-apa yang menyalahi akta akan diambil tindakan. Kita kena teliti satu persatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Wacana Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan: Eksplorasi Dunia Pertanian di MAEPS Serdang hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Advertisements

Radzi berkata, pihaknya sentiasa melihat apakah penambahbaikan yang boleh dibuat di dalam sistem pendidikan negara.

“Bagaimanapun pada masa sama, kita melihat daripada pelbagai sudut, bukan sahaja boleh lihat secara umum tapi kita perlu lihat secara mendalam berkaitan dengan Akta Pendidikan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk nanti aspek penguasaannya,” katanya.

Ditanya mengenai penggabungan sekolah kurang murid, Radzi berkata perkara itu perlu diteliti kerana ia membabitkan banyak proses.

“Pelbagai aspek perlu diteliti sebelum kita membuat sebarang keputusan berkaitan dengan penggabungan itu.

“Sebab kita tidak mahu perkara ini dipolitikkan. Apabila bercakap penggabungan, bukan proses baharu kerana ia memerlukan kajian dan penelitian,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan