26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

JIM umum waktu operasi baharu

Perubahan waktu operasi itu adalah berdasarkan trend statistik permohonan PMA yang semakin berkurangan pada sesi malam.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menetapkan waktu operasi baharu di semua Pejabat Pengeluar Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di semenanjung Malaysia berkuatkuasa pada 15 Ogos ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata perubahan waktu operasi itu adalah berdasarkan trend statistik permohonan PMA yang semakin berkurangan pada sesi malam, beberapa waktu operasi baharu ditetapkan.

Menurutnya, sebelum ini selaras dengan pembukaan sempadan negara pada April lalu, waktu operasi semua Pejabat Pengeluar PMA dan UTC di semenanjung Malaysia dilanjutkan sehingga jam 10 malam bagi Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, bagi Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perlis sebelum ini dilanjutkan sehingga jam 6 petang bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mendapatkan PMA.

Beliau berkata, bagaimanapun berdasarkan trend statistik permohonan PMA yang semakin berkurangan pada sesi malam, waktu operasi baharu ditetapkan bagi pejabat pengeluar PMA dan UTC di Semenanjung Malaysia.

“Pejabat pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga jam 7 petang pada hari bekerja kecuali bagi Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah beroperasi mulai jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

“Pejabat pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga jam 12.30 tengah hari pada hari Sabtu kecuali bagi Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah.

“Pejabat UTC beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 9 malam pada hari bekerja kecuali bagi Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

“Semua pejabat UTC termasuk Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang pada hujung minggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai yang telah membuat permohonan PMA terutamanya secara atas talian perlu membuat kutipan PMA segera bagi mengelakkan PMA tersebut dibatalkan.

Menurutnya, pada masa ini terdapat lebih 9,000 PMA yang telah dicetak tetapi masih belum dikutip oleh pemohon.

“Jabatan ini sentiasa peka dengan keluhan dan kritikan daripada orang ramai dan sentiasa mengambil langkah penambahbaikan.

“Ia bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan terutamanya berkaitan Jabatan ini berjalan lancar dan menepati ekspektasi Keluarga Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan