26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MB bentang hasil dapatan Cuti Hari Minggu kepada Sultan Johor

Keputusan cuti hujung minggu di negeri ini sama ada kekal atau ditukar ditentukan menerusi libat urus membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri berkaitan untuk pertimbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri berharap baginda membuat pertimbangan yang terbaik untuk rakyat Bangsa Johor.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini patik membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri berkaitan penyelarasan cuti hari minggu untuk pertimbangan Tuanku Sultan Johor.

“InsyaAllah Tuanku akan membuat pertimbangan demi rakyat Bangsa Johor, menjunjung kasih Tuanku,” katanya menerusi perkongsian di media sosial Facebook (FB) hari ini.

Onn Hafiz sebelum ini menyatakan keputusan cuti hujung minggu di negeri ini sama ada kekal atau ditukar ditentukan menerusi libat urus membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor.

Sebanyak 93 peratus tenaga kerja yang terbabit libat urus itu adalah pekerja swasta.

Onn Hafiz juga mempengerusikan mesyuarat ketiga kerajaan negeri yang membincangkan penyelarasan semula cuti hujung minggu bagi Johor.

Beliau menyatakan hasil dapatan dan perbincangan ini akan disembah untuk mendapatkan pandangan dan perkenan kepada Sultan Johor.

Pada 14 Jun lalu, kerajaan Johor dilaporkan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu di negeri ini berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

Pada 23 November 2013, Sultan Johor menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Keputusan itu dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi dan dibuat bagi memudahkan kaum lelaki yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.

Johor sebelum itu juga pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu sebelum tahun 1994.

Malah negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Terenganu turut mengamalkan cuti Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu di negeri tersebut. 

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan