26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Malaysia, Indonesia tandatangan MoU luaskan kerjasama pertahanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai usaha untuk menyuntik nafas baharu terhadap kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto ketika Mesyuarat Ke-42 General Border Committee (GBC) Malaysia-Indonesia di Kuala Lumpur pada Selasa.

Hishammuddin berkata, MoU tersebut akan membolehkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Indonesia diperluaskan merangkumi lima skop utama.

“Skop tersebut ialah perkongsian maklumat mengenai isu-isu pertahanan dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera di pelbagai peringkat termasuk pertukaran pegawai, latihan, pendidikan dan latihan ketenteraan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Hishammuddin, memorandum itu juga membolehkan kerjasama kedua-dua negara diperluaskan dengan adanya dialog dan rundingan dua hala mengenai isu pertahanan strategik dan ketenteraan berdasarkan kepentingan bersama.

Katanya lagi, MoU tersebut turut merangkumi kerjasama dalam bidang sains dan teknologi pertahanan serta industri pertahanan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Baca juga:   Apa itu sekolah vernakular? Masa depannya... (Bahagian 3)

“Bagi memastikan kesepakatan yang dimeterai dalam MoU ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin, saya dan TYT Prabowo akan terus memantau bersama.

“Bahkan kami juga telah mengarahkan supaya kepimpinan tertinggi Kementerian serta Angkatan Tentera di Malaysia dan Indonesia mempertingkatkan komunikasi serta pertemuan dengan rakan sejawat masing-masing,” katanya.

Menurut Hishammuddin, kedua-dua menteri juga bersetuju mempercepatkan penugasan ATM dan TNI di Pos Gabungan Bersama (GABMA) yang sedia ada dan baharu melibatkan tujuh pos di Malaysia dan tujuh pos di Indonesia.

Baca juga:   Gempar! 800 individu disuntik air, bukan vaksin

“Kami juga sepakat untuk mengaktifkan semula patrol terkoordinasi Darat, Laut dan Udara yang telah tertangguh disebabkan COVID-19 sebagai langkah memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi keselamatan kedua-dua negara.

“Kedua-dua negara juga sepakat mewujudkan kerjasama keselamatan siber di bawah GBC MALINDO, bertujuan membina jalinan hubungan kerjasama antara agensi siber Malaysia dan Indonesia.

“Ia juga adalah untuk meneroka inisiatif baharu dalam usaha untuk memelihara keselamatan data siber kedua-dua negara,” ujarnya.

Selain itu, Hishammuddin berkata, beliau dan Prabowo juga bersetuju Latihan Gabungan Bersama Malaysia – Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) akan dilaksanakan semula pada tahun 2023 dengan berfokus kepada anti keganasan.

Tambahnya, Malaysia dan Indonesia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan kerjasama pertahanan semasa dan perlu meneroka lebih banyak kerjasama dalam masa terdekat dan masa hadapan.-Edisi 9

Baca juga:   Malaysia cipta sejarah juara Hoki Dalam Dewan Asia

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan