Thursday, July 23, 2026

Pelajar cedera tangki pecah di SMK Melor – Radzi Jidin

Pelajar yang cedera itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, Kelantan cedera dalam kejadian tangki air pecah hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tangki air yang pecah itu menimpa laluan pejalan kaki di sekolah tersebut.

Menurutnya, pelajar-pelajar yang cedera itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Setelah selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor.

“Dimaklumkan beberapa orang pelajar mengalami kecederaan akibat kejadian tangki air pecah yang menimpa laluan pejalan kaki di sekolah tersebut.

“Saya telah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dalam kadar segera,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ujar Radzi, ia bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik selain selamat untuk kegunaan warga sekolah.

“Sama-sama kita doakan agar mereka yang terlibat dalam insiden ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan