31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Kertas Putih Kesihatan perlu ‘kebal’ walau kerajaan bertukar

Usaha yang ditetapkan ini harus terus diperkukuh, namun memerlukan pembaharuan sistemik mengenai cara penjagaan kesihatan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERTAS Putih Kesihatan perlu menjadi penyataan hasrat bersama semua pihak untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih mampan dan berdaya tahan melalui pemikiran kerajaan dan masyarakat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2020 memperlihatkan betapa perlunya pembaharuan dalam penjagaan kesihatan.

“Ia membabitkan kesihatan, kewangan dan hubungan sosial yang saling bergantung dengan begitu ketara, yang belum pernah terjadi sebelumnya.

“Justeru, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi membangunkan Kertas Putih Kesihatan, KKM juga perlu memastikan rancangan pembaharuan itu ‘kebal’ dan akan terus bertahan walaupun parti mana yang menjadi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 dengan tema Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Baca juga:   Ahli politik India hina Nabi, umat Islam diseru bersatu
Sebahagian peserta Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022.

Khairy berkata, usaha yang ditetapkan ini harus terus diperkukuh, namun memerlukan pembaharuan sistemik mengenai cara penjagaan kesihatan disampaikan, dibiayai dan ditadbir.

“Bagi menjamin perubahan jangka panjang ini, Kertas Putih Kesihatan akan memberi tumpuan kepada pembaharuan yang paling asas untuk menangani cabaran sistemik dan struktur utama yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan, bukan penyakit tertentu atau individu kumpulan demografi.

“Justeru, sokongan bipartisan untuk pembaharuan yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan saya berharap kita semua akan memainkan peranan dalam menyokong pembentangannya di Parlimen pada akhir tahun ini,” katanya.

Baca juga:   Kapasiti pemberian vaksin ditingkatkan bulan ini - Khairy

Wartawan

Terkini

Lima warga asing ditahan, tiada dokumen pengenalan diri

SERAMAI lima warga asing bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau...

Lagi Artikel Berkaitan