25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kajian elaun pelajar MARA akan dibentang ke Kabinet

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERTAS kajian kenaikan kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), akan dibentang kepada kabinet hujung bulan ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kajian itu bukan sahaja melibatkan kadar elaun sara hidup pelajar di luar negara, malah turut membabitkan pelajar di dalam negara.

“Dahulu sewa rumah seorang boleh dapat (sekitar) £80 ke £120 seminggu, (tetapi) sekarang tidak boleh dapat harga begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi hari ini.

Jelas Mahdzir, kajian dilakukan memandangkan ramai pelajar terkesan dengan kos sara hidup khususnya di negara United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia yang membabitkan kos elektrik, air, gas, pengangkutan awam dan sewa rumah.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Keluarga Malaysia akan menaikkan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA.

Bagaimanapun, kata Mahdzir, keputusan akan dibuat bagi menentukan jumlah kenaikan bagi setiap pelajar berdasarkan lokasi dan negara.

“Pihak MARA dalam peringkat mendapatkan maklum balas daripada lain-lain kementerian dan agensi yang ada kaitan dengan tajaan pelajar,” katanya.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan