32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Siri plat RAP dibuka bidaan seminggu

RAP171 dijangka mendapat bidaan tertinggi kerana menyamai nama seorang pemimpin politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai boleh membida siri plat RAP yang akan dibuka bidaannya selama seminggu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 17 hingga 21 Ogos depan.

Menerusi hantaran Facebook JPJ, proses bidaan itu akan dibuka selama seminggu sebelum ditutup pada pukul 10 malam, 21 Ogos 2022.

Katanya, keputusan bidaan akan diumumkan kepada pembida pada keesokkan harinya.

Proses bidaan boleh dibuat secara elektronik menerusi pautan laman sesawang rasmi agensi berkenaan iaitu https://jpjebid.jpj.gov.my.

Sementara itu, pengguna media sosial juga dilihat teruja dengan plat terkini tersebut dengan ada yang memberi komen sindiran menyifatkan plat RAP171 dijangka mendapat permintaan tinggi kerana menyamai nama seorang pemimpin politik.

Sebelum ini, siri plat RAJ yang didaftarkan di Perlis melakar rekod bidaan tertinggi dengan jumlah RM3.48 juta di mana plat RAJ 1 dibida sebanyak RM202,670. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan