30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Siapa PBM hendak melamar jadi komponen BN?

BN khususnya UMNO sudah serik dengan pengkhianatan wakil-wakil rakyat seperti Zuraida selepas PRU-14 lalu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI Bangsa Malaysia (PBM) terutama bakal pemimpinnya, Datuk Zuraida Kamaruddin patut mencerminkan diri sebelum cuba melamar menjadi sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, dengan rekod lompat dari satu parti ke parti lain, pernah mencemuh dan menghina BN serta memungkiri janji manifesto sendiri, PBM dan Zuraida sebenarnya tidak layak menjadi anggota komponen parti itu.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Zuraida membawa PBM menyertai pakatan baharu yang sedang dirangka oleh DAP, PKR dan Amanah di bawah ‘khemah besar’. 

“Kenapa hendak bersama dengan BN? Kenapa tidak bersama “khemah besar”? Adakah kerana YB sudah melihat bagaimana kepercayaan rakyat sudah kembali kepada BN di PRN Melaka dan Johor, kemudian barulah terhegeh-hegeh hendak bersama BN?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Zuraida, Shahrul Nasrun turut mengingatkan bahawa BN khususnya UMNO sudah serik dengan pengkhianatan wakil-wakil rakyat seperti Zuraida selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

ZURAIDA KAMARUDDIN

Beliau berkata, pucuk pimpinan BN perlu mengambil kira tahap kesetiaan dan setiakawan Zuraida Kamaruddin yang kerap melompat dari satu parti ke parti yang lain.

“Saya nak bertanya Zuraida, sudikah nak bersama dengan parti yang Datuk sudah cemuh dan hina sewaktu dalam PKR dan Bersatu dahulu? Sekarang bila dah dalam PBM nak bersama dengan BN pula?

“Parti yang mana satu sebenarnya yang YB nak? Tak penat ke asyik melompat-lompat parti mencari dahan nak bergayut? Jangan lupa YB dahulu dipilih oleh rakyat di Ampang untuk menjadi wakil rakyat dan bukan wakil katak,” katanya.

Shahrul Nasrun mengingatkan BN bahawa mereka perlu berhati-hati dengan Ahli Parlimen Ampang itu yang telah menabur janji palsu kepada rakyat menerusi manifesto Pakatan Harapan (PH) dahulu.

“Minta maaf, kami sudah serik untuk bersama dengan pengkhianat rakyat seperti YB, cukuplah kami bersama dalam keluarga BN ini dan lakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia, terima kasih PBM, maaf kami sudah ada keluarga sendiri,” katanya.

PBM dilapor telah menghantar surat permohonan untuk menjadi salah satu parti komponen BN pada bulan lalu tetapi sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas daripada pucuk pimpinan BN secara rasmi.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan