26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Jualan Murah Keluarga Malaysia dipertimbang diperluas ke IPTA

Kampus akan dibuka semula pada pertengahan September dan Oktober.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Jualan Murah Keluarga Malaysia akan dipertimbang untuk diperluaskan di 20 buah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan itu diutarakan wakil pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi dalam sesi libat urus bersama beliau hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, para pelajar terbabit membangkitkan isu kos sara hidup yang perlu ditanggung di kampus.

Menurutnya, beliau menjangkakan kampus akan dibuka semula pada pertengahan September dan Oktober dan pihaknya mempunyai masa untuk membincangkan mekanisme pelaksanaannya.

“Jadi jawatankuasa akan mempunyai masa yang cukup untuk bincang kaedah dan mekanisme sekiranya jawatankuasa dapat memberi endorsement atau persetujuan supaya konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia dapat diperluaskan ke 20 kampus IPTA,” katanya.

Baca juga:   Fokus kerajaan perangi COVID-19, bukan PRU-15

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, program Jualan Murah Keluarga Malaysia yang bermula pertengahan Ogos merupakan program yang memberi akses kepada rakyat untuk mendapatkan barangan lebih murah pada setiap minggu.

Annuar dalam pada itu berkata, Program Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan diadakan pada 19 Ogos hingga 21 Ogos ini di Stadium Shah Alam, Selangor sebelum diperluaskan ke negeri lain.

Menurut beliau, program Jualan Murah Keluarga Malaysia Fasa Kedua pula akan dilancarkan di Parlimen Bera pada 26 Ogos ini di bawah kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Baca juga:   Harga barangan di Malaysia kedua terendah ASEAN

“Selain itu menurut beliau mesyuarat jawatankuasa turut membincangkan mengenai kerangka aspek yang menguasai dan menentukan tahap inflasi negara.

“Sebelum ini ia tertumpu kepada barangan yang harganya melonjak dan menimbulkan keresahan namun perkara tersebut telah dapat distabilkan.

“Dalam konteks tangani inflasi, skop perlu diperluaskan dan usaha perlu mula ditumpukan pada sektor pengangkutan, perumahan, dan beberapa sektor lain yang pada masa akan datang boleh menyumbang kepada inflasi,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan