25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kes LCS: Dakwa segera mereka yang terbabit

Selagi tiada pendakwaan selagi itulah persepsi dan pelbagai naratif fitnah akan terus dicipta dan ditular menjelang PRU-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera mendakwa mereka yang terbabit dalam isu kapal tempur pesisir (LCS) jika wujud penyelewengan sehingga menyebabkan pembinaannya mengalami kelewatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selagi tiada pendakwaan dibuat selagi itulah persepsi dan pelbagai naratif fitnah dicipta dan ditular untuk menjatuhkan seteru politik merek menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Pemuda UMNO tetap berpendirian tegas agar SPRM dan Peguam Negara segera bertindak mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam
sebarang salah laku sama ada pecah amanah, menipu, rasuah atau apa jua bentuk penyelewengan hingga menyebabkan kelewatan menyiapkan enam kapal LCS.

“Selagi tiada pendakwaan selagi itulah persepsi dan pelbagai naratif fitnah akan terus dicipta dan ditular bagi menjatuhkan seteru politik terutamanya menjelang pilihan raya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, LCS adalah isu berkeutamaan tinggi kerana melibatkan aset-aset pertahanan dan keselamatan negara yang melibatkan wang rakyat yang sudah dibelanjakan sehingga RM6 billion.

Justeru, kata beliau, keutamaan harus diberikan untuk pihak SPRM segera menyelesaikan siasatan jika apa yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjurus kepada pembuktian bahawa wujud penyelewengan dan salah laku mana-mana individu termasuk berprofil tinggi.

Dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Peguam Negara dan SPRM mengambil tindakan segera berhubung isu projek pembinaan LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Advertisements

Beliau berkata, kerajaan memandang serius isu tersebut dan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Kabinet tersebut.

“Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menggesa SPRM agar menyegerakan siasatan dan sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan,” kata beliau.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun meminta rakyat Malaysia bersabar sementara pihaknya selesai meneliti kertas siasatan yang sudah diserahkan kepada pejabatnya oleh SPRM.

“AGC akan buat keputusan asap (secepat mungkin), please bear with us (minta bersabar),” katanya hari ini.

PAC dalam laporannya sebelum ini berkata, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan