27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


ORANG ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek turut meminta orang ramai menyemak kesahihan dengan menghubungi talian rasmi kementerian di 03-89115351, 03-89115188, 03-89115258 atau 03-89115265.

“Selain itu orang ramai dinasihatkan tidak memberi atau mendedahkan sebarang maklumat kepada pemanggil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebarang panggilan atau mesej yang disyaki menjurus kepada penipuan perlu dilaporkan terus kepada Pusat Respon Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia di talian 03-26101559 atau 03-26101599.
— BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan