26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Wanita ditahan disyaki terlibat kematian anak saudara

Mangsa ditemukan terbaring di atas katil dengan lengkap berpakaian serta terdapat kesan luka di dahi, mulut dan hidung.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang wanita selepas dipercayai terlibat dengan kes kematian kanak-kanak yang menjadi mangsa dera di Mutiara Magna, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Kematian kanak-kanak berusia tiga tahun itu dimaklumkan kira-kira pukul 12.01 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan terbaring di atas katil di lokasi kejadian.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut dan hidung.

“Selain itu, terdapat kesan merah di bawah mata kiri, calar dan lebam pada bahagian belakang badan dan siku tangan kanan mangsa.

Advertisements

“Kematian mangsa disahkan oleh Pegawai Paramedik Hospital Kuala Lumpur yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Eng Lai, wanita yang ditahan merupakan pengasuh kepada mangsa.

Jelasnya, wanita berusia 40 tahun yang juga ibu saudara serta menjadi pengasuh sejak mangsa dilahirkan.

“Siasatan dijalankan mendapati suspek menjaga dua kanak-kanak iaitu mangsa dan abangnya yang berumur lima tahun.

“Suspek kini direman lima hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan